rabu , 13 / 03 / 13
aku masih bernyawa,
aku masih mampu menahan segala masalah yang maha celaka
walaupun aku tahu aku mungkin akan terduduk menghadap ke bawah,
ya, tembok kekuatan hati dan mental aku kian luntur dengan keadaan yang tidak sudi memberi aku secebis ruang untuk bernafas, huh
hati kecil aku berbisik jahat agar aku tamatkan sahaja semua kecelakaan yang maha jengkel ini,
otak aku terngiang - ngiang mengajak aku meneruskan permainan kehidupan yang semakin lama semakin seronok untuk dinikmati.
jalan apa yang harus aku pilih ?
aku sedar aku menggalas satu tanggungjawab dan harapan mereka,
aku memikul satu tugas berat yang sentiasa aku pangku didalam hati dan aku pegang sampai mati.
aku punya pilihan itu,
pilihan agar aku meneruskan saja permainan kehidupan yang sebahagiannya manusia sendiri yang cipta,
ah, aku harus nikmati hidup ini,
aku harus merasainya segala rasa walau semuanya berbaur sialan.
kerna aku tahu aku masih bernyawa,
biar mati sahaja yang menamatkan semua ini,
aku hanya mampu tadah tangan dan berdoa kepada TUHAN agar semuanya akan baik baik saja,
kerna aku tahu dia akan mengatur segalanya diatas sana . .
*aku mula merindui kampung halaman, ah tabah lah wahai hati, perjalanan itu masih awal untuk aku akhiri*
kan ?
2 ulasan:
Comelnye doodle tuu ><
terima kasih shakira :)
Catat Ulasan