saturday , 07 / 04 / 2012
asalammualaikum ,
05 / 04 / 2012 . tarikh bersejarah dalam hidop aku , hari khamis , malam jumaat , aku dilamar ! sumpah tak tahu nak cakap ape , sumpah terkejot bila dapat tahu berita tu . sumpah menyumpah dalam hati , macam mane lah aku nak hadapi kenyataan ni . cewahh ~
Puan ibu kelihatan sangat gembira , apatah lagi dengan keluarga aku . tahap ke-eksited-kan diorang makin buas . tak sampai hati nak tolak lamaran tu , tak sampai hati nak luka-kan perasaan mereka . oh ya , baru aku sedar yang aku ni baik jugak orangnye . ehemm
macam - macam benda yang bersarang dalam otak , dah BERSEDIA ke aku ? sedangkan bangon pagi pun Puan ibu yang kejotkan . macam mana nak pikol tanggongjawab lain ? haih , kemain jaoh pikiran aku melayang . aku nak sambong belajar , aku nak berjaya dan aku masih ade perasaan seorang remaja yang nak enjoy . tak mungkin lah secepat ni ~
aku tak nak jaoh dengan keluarga aku , aku tak nak jaoh dari selimot merah aku dan aku tak nak semua yang aku sayang hilang kalau aku terima lamaran tu . banyak persoalan dalam menghurai setiap rangkai jawapan ~ setelah dipikir dalam dalam . aku kene tabah dan redha , aku kene kuat , aku kene terima takdir hidop aku . mungkin tak semua orang bertuah macam aku .
ya ya , aku redha kalau 01 / 05 / 2012 aku kene pegi PLKN *kemain besar aku taip , HAHA . lamaran tu kene jugak aku terima walaupun hati terasa pahit dan masam . kalau aku menolak , kene bayar denda (-,-')
tiada lappy , tiada tenet , tiada fon , tiada sai , tiada ps , tiada super mario , tiada selimot merah , tiada keluarga , tiada fb , tiada twitt twitt , tiada blog , tiada google selama 3 BULAN .
aku memang bertuah . haha , nanti nanti mesti badan aku menarik sebab banyak bersukan . buang semua lemak dan babat yang aku ternak selama 4 bulan tu . kah kah kah ~ xD
sekian ,
KEM PLKN LAGENDA GUNUNG LEDANG ASAHAN, JASIN, MELAKA
4 ulasan:
dpt tahu dr mana kena msuk plkn?
mnx-2 wani x dpt. x nak pegi!!! :(
@wani ★ mis0pinktengok kat tenet lah , hihi . mintak mintak dapat pegi si wani . HAHA ! dengki betol xD
hahaa! ingatkan dah nak kawen.. terkejut jugak tadi :D kalau tidak boleh dah makan nasik minyak . haha
takpe 3 bulan je :D
@Cik Pensilnasi minyak ? HAHA , baru 18 tahun . cepat sangat nak kawen . hihi xD 3 bulan tu ibarat 300 tahun taw ? agaga
Catat Ulasan